]

Rabu, 8 April 2009

ANTARA KEPERLUAN DAN KEINGINAN LELAKI (DARIPADA WANITA)..

¤ RUPA PARAS ¤

.. Keperluan = tidak cacat. Cukup semua anggota dan mampu manjalani fungsi sebagai isteri dan ibu apabila berumah tangga.

.. Keinginan = biarlah sedap mata memandang. Lebih cantik lebih baik. Hamper semua lelaki mempunyai artis atau model wanita sebagai idola dan mahu mendapatkan isteri atau kekasih yang secantik idola mereka. Semua lelaki berbangga kalau berpasangan dengan perempuan cantik.

¤ BENTUK BADAN ¤

.. Keperluan = sekali lagi ungkapan ’tidak cacat’ menjadi sebutan. Maksudnya, keperluan lelaki terhadap bentuk badan wanita ialah berdasarkan fungsi tubuh badan. Yang penting ialah wanita mampu manjalankan fungsi sebagai isteri dan ibu.

.. Keinginan = kata kunci di sini ialah ’sexy’. Namun pengertian sexy berbeza dari seorang lelaki kepad seorang lelaki lain, berdasarkan cita rasanya terhadap wanita. ..:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Ada yang menganggap wanita berbuah dada besar sebagai sexy, namun ada pula yang lebih gemarkanwanita yang berbuah dada kecil. Begitu juga dengan saiz badan, bentuk pinggul, ukuran pinggang dan sebagainya. Malah anggota wanita yang menjadi perhatian untuk ditakrifkan sebagai sexypun berbeza dari lelaki ke lelaki. Ada yang melihat pangkal tengkuk, tumis, betis, buah dada, pinggul dan macam-macam lagi.

¤ SIKAP ¤

.. Keperluan = penyayang. Kata mereka, wanita yang bersikap penyayangtidak banyak karenah, tahu membelai dan bijak memberi serta menerima manja. Wanita yang bersikap penyayang juga akan sentiasa mengambil berat dan menganbil tahu tentang lelaki yang disayanginya, sentiasa berlemah-lembut dan tahu menghormati orang lain.

.. Keinginan = penyayang, romantic, memahami, sanggup berkorban, tidak banyak karenah, tidak melawan, mendengar kata, sentiasa bersedia berkompromi, tidak mengongkong ... macam-macam lagilah! Kalau diikutkan senarai yang diberikan, lelaki inginkan wanita ’perfect’ . tapi mana ada kesempurnaan dalam diri insan?

¤ TINGKAH LAKU ¤

.. Keperluan = tidak terlalu bebas hingga terlibat dalam kegiatan seks rambang, dadah, arak atau jenayah. Tahu menghormati orang lain.

.. Keinginan = lemah lembut dan berbudi bahasa. Pandai bergaul dan sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan keadaan. Tentulah yang tidak terlibat dengan kegiatan seks rambang, dadah, arak atau jenayah. Malah tidak merokok kerana wanita merokok boleh menjelaskan kemampuannya untuk menjadi ibu dan kesihatan anak dalam kandungan.

¤ PERTUTURAN ¤

.. Keperluan = boleh bercakap ... boleh berkomunikasi. Ertinya kalau boleh, janganlah yang pekak atau bisu.

.. Keinginan = bersuara merdu dan manja, bercakap dengan cara lembut dan teratur. Tidak kasar, tidak menengking.

¤ MASAK ¤

.. Keperluan = secara tradisinya, tugas dan tanggungjawab memasak terletak di atas bahu perempuan. Lelaki tidak mahu lari daripada tradisi ini dan memerlukan isteri yang tahu memasak makanan keluarga.

.. Keinginan = kalau boleh, lelaki inginkan wanita yang pandai memasak pelbagai juadah sebagai pasangannya. Lelaki sebenarnya tidak suka terlalu kerap mekanan segera atau yang dibeli dari kedai atau restaurant. Lelaki suka ’home-cooked food’. Makan di luar – restaurant dan sebagainya menelan belanja. Lagipun, takkan sesedap masakan isteri (atau ibu).

¤ BERKEMAS ¤

.. Keperluan = lelaki tidak suka berkemas. Tetapi dia tidak selesa hidup dalam keadaan kotor dan berselerak. Jadi wanita yang diperlukan sebagai pasangannya tentulah yang bersih dan rajin berkemas.

.. Keinginan = kalau boleh, lelaki inginkan wanita yang menjadi pasangannya pandai berkemas dan pandai menghias tempat tinggal mereka, terutama ruang tamu dan bilik tidur. Ruang tamu yang kemas, teratur dan terhiascantik menimbulkan keselesaan dan membuatkan lelaki suka duduk di rumah. Bilik tidur yang kemas, bersih dan terhias indah pula menimbulkan suasana romantic. Memang itulah yang digemari lelaki.

¤ PENDIDIKAN ¤

.. Keperluan = pendidikan terbahagi kepada dua kategori. Didikan agama dan dunia. Dalam soal didikan agama, cukuplah kalau mengetahui haram halal dan dosa pahala supaya tidak melakukan perkara-perkara mungkar dan mampu mendidik anak-anak supaya berakhlak mulia. Perndidikan dunia juga memadai kalau mempunyai pendidikan yang cukup untuk menjalankan tanggujawab sebagai isteri dan mendidik anak-anak.

.. Keinginan = dalam soal pendidikan wanita yang dipilih menjadi pasangan, harapan lelaki sebenarnya tidak tinggi. Malah kebanyakan lelaki inginkan wanita yang menjadi pasangannya tidak berpendidikan lebih tinngi daripada dirinya sendiri. Lelaki tidak suka wanita yang bersifat angkuh kerana berpendidikan lebih tinggi daripada suami.

¤ PERGAULAN ¤

.. Keperluan = system masyarakat dan kekeluargaan kita memerlukan seorang isteri yang pandai bergaul dan mengambil hati keluarga.

.. Keinginan = semua lelaki inginkan isteri/kekasih yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Mereka berbangga kalau isteri/kekasih bijak mengendalikan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan. Namun, ada juga yang menyuarakan rasa cemburu dan bimbangkalau wanita yang menjadi pasangan mereka terlalu bebas. Pergaulan harus ada batasan. Lelaki juga tidak sukakan wanita yang menjadi pasangannya lebih terserlah (dalam soal pergaulan) berbanding dirinya sendiri.

¤ SEKS ¤

.. Keperluan = seorang wanita yang tahu dan sanggup melayan.

.. Keinginan = lelaki inginkan kuantiti dan kualiti. Lalu dalam soal seks, lelaki inginkan wanita yang tidak akan menolak apabila didekati, bijak melayan dan hebat dalam memberikan tindak balas. Lelaki juga inginkan wanita yang bersedia melakukan hubungan seks dalam pelbagai cara dan gaya. Ada lelaki yang berasa bangga apabila wanita yang menjadi pasangannya bersedia memulakan dulu aktiviti seksual mereka. Egonya membusung. Dia merasakan dirinya disayangi dan diingini.

¤ KERJAYA ¤

.. Keperluan = bergantung kepada keadaan ekonomi lelaki sendiri. Lelaki yang mampu tidak memerlukan isteri yang bekerjaya. Dia memerluakn isteri sebagai suri rumah tangga. Sementara lekai yang kurang mampu memerlukan isteri yang bekerjaya untuk membntu dan berkongsi pembiayaan keluarga.

.. Keinginan = keinginan lelaki berbeza-beza dalam soal ini, bergantung kepada tahap ekonominya. Namun kebanyakannya bersetuju tidak inginkan isteri yang bekerjaya lebih berpangkat tinggi daripada dirinya sendiri. Dan semuanya inginkan isteri yang boleh menumpukan sepenuh masa terhadap rumah tangga dan mendidik anak-anak (sebagai suri rumah) apabila keadaan ekonomi mengizinkannya..




1 kRiTiKaN:

mr.syazwan berkata...

FUUUYOOOO...
topic dia.. hehehhe
tpi ssh la nk cari ciri2 mcm gine kan?? boleh bilang ngan jari x gitu??
huhu

Blog Widget by LinkWithin