]

Ahad, 6 Januari 2008

Gath Gcc


Setinggi -tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua chatter YM, MIRC, DJ radio GCC yang telah terlibat memeriahkan majlis Gathering GCC 2008 dan tidak lupa kepada Spunkyrose0610 @ spunky gurl (Yuszariani Hajar Yusoff – Perak), Nisabeck84 @ maxx_xploure (Azhar – Kuala Lumpur). Diharap anda semua telah bergembira pada hari tersebut. gal_shinada (Khairunnisaa Redzuan – Perak) dan Zabuza @ Semoga acara gathering ini meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan , kami pihak penganjur mengucapkan berbanyak maaf.
Kronologi Gath 2008

Kesungguhan AJK bertindak yang diketuai oleh pengerusi gath; amer_gcc bermula dengan mesyuarat pada 8.30 malam, 8 November, 2007. Sebelum mesyuarat, rombongan AJK yang diketuai oleh voice_cetim telah membuat survey bermula jam 9.00 pagi ke beberapa destinasi sampai ke Dungun untuk dijadikan tempat bagi menjalankan Gath 2008. Antara tempat yang dikunjungi ialah 2 tempat Chalet Che Wer di Rusila, Penginapan di Kelulut, Buai Beach Resort, Anggulia Beach House Resort dan beberapa buah lokasi yang dikenalpasti menarik. AJK memutuskan Anggulia Beach House Resort merupakan tempat yang sesuai.

Semasa survey lokasi dibuat beberapa peristiwa yang tidak dijangka telah terjadi. Salah satu tempat yang kami kunjungi merupakan sebuah chalet yang telah ditutup… Lebih menyedih tempat tersebut mungkin telah dijadikan tempat maksiat atau tempat lepak penagih dadah… Aroma air kencing yang memedihkan hidung dan meloyakan begitu kuat sehinggakan kami tidak dapat meninjau lama lokasi tersebut. Persekitaran tempat tersebut amat menarik. Namun kerana chalet tersebut telah ditutup, kami meninggalkan lokasi tersebut.

Lokasi seterusnya yang menggelikan hati…. Antara perbualan yang keluar pada masa tersebut….
“Comel doh tempat ni” kata salah seorang AJK.
“Buleh doh wak sini, tapi mahal dok ni”
“Kita masuk dulu………….”
Rombongan AJK masuk kedalam tempat tersebut dan meninjau keadaan di sekitar. Semasa meninjau… datang seorang lelaki bertanya maksud kedatangan kami…
Setelah barcakap dgn lelaki tersebut barulah kami tahu kawasan yang kami masuk tu merupakan kawasan larangan…. (Private Property). Biasanya pintu pagar kawasan tersebut di tutup tetapi pintu pagar kawasan itu dibuka untuk menunggu pemilik tanah tersebut yang balik untuk memasuki pertandingan Endurance kuda di lembah bidong bersama DYMM Yang Dipertuan Agong. Kata orang Tganu... “malu gok sposen”. Kami meninggalkan tempat tersebut....
Dalam mesyuarat tersebut, berbagai cadangan acara sukaneka telah dicadangkan tetapi memandangkan masa yang diberi oleh amatlah terhad (C/in 3.00 ptg 4/1/2008, C/0ut 12.00 tgh 5/1/2008, perbincangan dgn manager chalet lanjutkan sehingga jam 2.00ptg) menyebabkan kami mengambil keputusan mengadakan 4 acara sukaneka sahaja. Ini secara tidak langsung peserta yang hadir dapat mengadakan sesi ramah mesra.


Mesyuarat kedua pada 26 Disember, 2007 merupakan checklist bagi kerja yang telah diambil tindakan disamping itu dapat membuat serba sedikit persiapan awal untuk Gathering 2008. Banner Gathering di bawa oleh penaja Bee Graphic.


4 Januari, 2008,

9.30 pagi, sebahagian AJK memulakan tugas terakhir di Umah abc123_wokyoh. Persiapan untuk makan tengahari hari gath dibuat oleh Amir Catering. Tempahan ayam mula di buat, hamper mula dibungkus, pamplet dan no cabutan bertuah dicetak (cetak lebih membazir – TQ Europrint). Cenderahati mula dimasukkan (TQ- Nordin Perabut). 3.00 petang ayam mula dibasuh dan di perap beberapa persiapan kecil dibuat.

8.30 malam bertolak ke Anggulia Beach House. Persiapan tempat dan pemasang P.A system mula dibuat. Dj AmerGCC, Dj Dragonflyz, Dj AjilCrew, Dj Zabuza mula meng“test” untuk melayari radio GCC (www.mygccfm.com) secara lintas langsung.

9.30 malam, ketibaan Presiden GCC; Punat_penyu / penyupilu meninjau persiapan utk gathering keesokan hari. AJK bertindak sibuk dengan kerja masing-masing dan ada yang tidak tidur malam bagi menyiapkan persiapan GATH 2008.


5 Januari, 2008 GATHERING GCC bermula.

Suasana pagi yang sedikit agak redup menggusarkan sebahagian AJK yang terlibat bagi acara sukaneka. Hujan renyai-renyai sekejap (Hujan hambat orang wakaf). Jam 8.30 pagi bermula dengan kehadiran peserta. Kehadiran peserta amat membimbangkan. Jam 9.30 pagi pengerusi terpaksa memulakan acara walaupun kehadiran peserta seramai 20 orang tidak termasuk Crew.

Majlis dimulakan oleh pengerusi majlis (takenchem) dan diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Gath (amer_gcc), wakil YM Terengganu (G©© D3rz), wakil MIRC (kimie), wakil luar Terengganu yang hadir (Yus) dan diikuti oleh ucapan PRESIDEN GCC (punat_penyu @ penyupilu) yang seterusnya merasmikan Gathering GCC 2008.

Sukaneka dimulakan dengan acara makan buah epal yang tergantung secara individu yang dimenangi oleh Raja dan Dj kipas.

Seterusnya peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Acara seterusnya ialah isi air dalam botol dimenangi oleh kumpulan 2 (johan) dan kumpulan 1 (naib johan). Diikuti dengan acara
Sambut belon berair di menangi oleh kumpulan 2 (johan) dan kumpulan 1 (naib johan). Acara terakhir Cari gula-gula dalam tepung dimenangi oleh kumpulan 3 (johan) dan kumpulan 4 (naib johan)...... terdapat soseh-soseh mengatakan pengadil mengelat..... (game yang diadakan hanya untuk memeriahkan majlis). Acara berakhir.

Semua peserta keletihan dan BBQ pun bermula. Semua peserta beramah mesra sementara menunggu makanan special ( nasi minyak) sampai.

Penganjur menyediakan sebanyak 13 buah hamper untuk cabutan bertuah dan 2 hamper utk acara makan epal. Cabutan bertuah dibuat oleh punat_penyu, zabuza, kuda_black dan yus.
Sedar tak sedar jumlah peserta yang hadir seramai 56 orang termasuk Crew. Walaupun ada yang hadir sekejap kerana ada tugas-tugas yang tak dapat dielakkan.

Namun begitu dalam suasana yang meriah, seorang Crew telah terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang dan beliau selamat. Kenderaan beliau mengalami kerosakan kecil.


Tahniah dan Terima Kasih buat semua!!
Semoga berjumpa lagi.........
NANTIKAN GAMBAR2 YG LAIN...


video
Blog Widget by LinkWithin