]

Jumaat, 27 Mac 2009

huk..melamun seketika

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Bahawasanya kau ayang

Diwujudkan hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Kau sebelum ni bersemadi di kalangan bintang-bintang

Kau dijemput ke bumi hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Badan mu, mata mu, bibir mu, rambut mu dan pinggang mu,

Adalah milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Senyuman manis mu, sentuhan lembut mu,

Bauan harum badan mu adalah hanya

Milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Malam ini adalah malam pertama kita

Ku selak selendang mu dan kau

Malu lalu menyorok dalam pelukan dan

Belaian ku..

Ku sedar kau kepunyaan yang lain..

Ku sedar cinta ku tidak kesampaian..

Ku sedar ku tewas dik keadaan..

Ku sedar betapa peritnya ku menanggung

Kekecewaan dalam percintaan ini..

Ku sedar betapa pedihnya seksaan..

Mengenang kau disentuh dan dalam pelukkan yang lain

Tapi apakan daya cuma kadang-kadang hati

Kecil ku melamun..




0 kRiTiKaN:

Blog Widget by LinkWithin