.....

 
]
 
 
 
 
 

 

Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku
Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku
[*]
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati
[**]
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku
Camelia…
Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Back to [*][**]
Back to [**]
Camelia…

 Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan  tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang  tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan 
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat  fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika  dididik dengan baik, dia boleh  menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.  Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR  
Tabiatnya buruk. Dia tidak  suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi  menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian  hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,  selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,  menjadi  orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai  yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan  mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL  AWAL  
Dia mempunyai tingkat  keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu  yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan  hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL  AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai  kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia  mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras  dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan  baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika  betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang  tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu  bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan  nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri  dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa  kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan  sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak  putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah  semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya  baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang  padanya. Masa  dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah  mendapat  rezeki.
RAMADHAN  
Dia baik,  pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada  teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.  Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka  dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu  bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat  buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai  keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal  mencari rezeki.
ZULKAEDAH   
Perwatakannya pendiam. Banyak  perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana  sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam  kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang  kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat  hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH 
Jika dia jahat dia terlalu jahat,  jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya  sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu  berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis  pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali  menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang  pertimbangan..

















Ipoh : Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, 11 November lalu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh, N. Ganeson, 22, dari Rumah Murah, Jelapang; M. Tayalan, 32, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar dan K. Nanda Kumar, 22, dari Kampung Baru, Jelapang bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dituduh membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Lot 191515, Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi.
Semasa pertuduhan dibacakan oleh pegawai pendakwa, Sarimah Mohd. Saidin kelihatan ketiga-tiga tertuduh hanya menundukkan kepala namun tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada kesemua mereka.Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ganeson dan Tayalan masing-masing diwakili peguam T. Shan dan Ranjit Singh manakala Nanda Kumar tidak diwakili peguam.
Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 13 Januari depan sebagai hari sebutan semula kes.
Dalam kejadian itu, Mohd. Khairuddin atau lebih dikenali sebagai ‘ustaz’ oleh rakan setugasnya sedang bersiap meninggalkan stesen minyak tersebut selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.
Tindakan mangsa yang cuba menghalang perompak terbabit daripada mengambil wang di kaunter stesen minyak itu mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka bertindak menetak tengkuk dan tangan kanan mangsa.
Keempat-empat perompak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang disamun mereka. – Kosmo








