]

Selasa, 1 Januari 2008

X call bukan x ingat

> x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
> x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
> x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
> fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.
>
> kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
> org yg jarang call kita,
> org yg jarang senyum dgn kita,
> org yg kita jarang jumpa,
> adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.
>
> bersangka baiklah dgn Allah
> bersangka baiklah dgn mereka
> terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.
>
> salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
> x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati
> kita,
> kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
> x boleh expect org nak go after us each time,
> sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
> diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani
> dgn..
> soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji...
> sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
> adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
> atau dia sahabat ketika mengalir air mata
>
> mmg susah nak meluahkan sesuatu
> terutama pada mereka yg kita tidak percaya
> tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan
> bercerita
> mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita
> ceritakan lagi
> tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
> sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
> walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya
>
> hidup manusia terlalu complicated
> bagi mereka yg menganggap hidup ini
> complicated dan hidup ini mudah
> bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah
>
> manusia itu bersifat ikhtiariah...
> boleh memilih apa yg dia
> mahu sbb dia ada akal
>
> andai kita pilih utk hidup dgn mudah
> maka kita akan dpt hidup dgn mudah
> andai kita pilih utk hidup susah
> maka kita akan dpt utk hidup susah
>
> andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
> maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang
>
> Allah sayangkan kita
> Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
> hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
> dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.
> ukhuwwah fillah abadan abada'...
> Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha
> yang sepertinya sia-sia..
> Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
> Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu
> masih terasa pedih...
> Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
>
> Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu
> sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
> Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
> Ketika kau merasa sendirian dan menunggu
> teman-temanmu menelefon...
> Allah SWT selalu berada disampingmu.
>
> Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya
> dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
> Allah SWT punya jawapannya.
>
> Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan
> kau merasa tertekan...
> Allah SWT dapat menenangkanmu.
>
> Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak
> harapan...
> Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
> Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa
> ingin mengucap syukur...
> Allah SWT telah memberkatimu.
> Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi
> ketakjuban...
> Allah SWT telah tersenyum padamu.
> Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi
> untuk digenapi...
> Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu
> dengan namamu.
> Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau
> menghadap...
> Allah SWT TAHU ....... Mungkin Tuhan sengaja mahu
> kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
> menemui insan yang betul supaya apabila kita
> akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
> bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian
> dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila
> salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
> akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu
> yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita
> tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk
> kita.
>
> Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda
> boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa
> berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
> dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
> hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita
> tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
> sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa
> kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah
> 'ia' datang.
>
> Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
> kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
> Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
> sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
> sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
> dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
> untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
> menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
> seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
> untuk melupakan seseorang.
>
> Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
> ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya
> akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
> tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
> senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah
> yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
> ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
> rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya
> dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
> Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
> mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang
> anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu
> kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
> perkara yang ingin anda lakukan.
>
> Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
> membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup
> untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
> untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
> harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
> Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
> seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
> fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
>
> Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
> memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
> yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di
> dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak
> kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
> mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
> mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
> kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
> mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan
> ciuman dan berakhir dengan tangisan.
>
> Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
> yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
> meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
> melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
>
> Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
> sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda
> supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan
> tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
> menangis.
>

0 kRiTiKaN:

Blog Widget by LinkWithin