]

Khamis, 9 April 2009

ohh bunga ku.......

merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah kemana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi

dimana kini entah dimana
bunga impian
yang indah dimata kurindu tutur sepamu
nan saat kau barada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih

oh bunga....
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan

oh bunga...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campak kan kenanga
ho ho ho....


















Rabu, 8 April 2009

ANTARA KEPERLUAN DAN KEINGINAN LELAKI (DARIPADA WANITA)..

¤ RUPA PARAS ¤

.. Keperluan = tidak cacat. Cukup semua anggota dan mampu manjalani fungsi sebagai isteri dan ibu apabila berumah tangga.

.. Keinginan = biarlah sedap mata memandang. Lebih cantik lebih baik. Hamper semua lelaki mempunyai artis atau model wanita sebagai idola dan mahu mendapatkan isteri atau kekasih yang secantik idola mereka. Semua lelaki berbangga kalau berpasangan dengan perempuan cantik.

¤ BENTUK BADAN ¤

.. Keperluan = sekali lagi ungkapan ’tidak cacat’ menjadi sebutan. Maksudnya, keperluan lelaki terhadap bentuk badan wanita ialah berdasarkan fungsi tubuh badan. Yang penting ialah wanita mampu manjalankan fungsi sebagai isteri dan ibu.

.. Keinginan = kata kunci di sini ialah ’sexy’. Namun pengertian sexy berbeza dari seorang lelaki kepad seorang lelaki lain, berdasarkan cita rasanya terhadap wanita. ..:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Ada yang menganggap wanita berbuah dada besar sebagai sexy, namun ada pula yang lebih gemarkanwanita yang berbuah dada kecil. Begitu juga dengan saiz badan, bentuk pinggul, ukuran pinggang dan sebagainya. Malah anggota wanita yang menjadi perhatian untuk ditakrifkan sebagai sexypun berbeza dari lelaki ke lelaki. Ada yang melihat pangkal tengkuk, tumis, betis, buah dada, pinggul dan macam-macam lagi.

¤ SIKAP ¤

.. Keperluan = penyayang. Kata mereka, wanita yang bersikap penyayangtidak banyak karenah, tahu membelai dan bijak memberi serta menerima manja. Wanita yang bersikap penyayang juga akan sentiasa mengambil berat dan menganbil tahu tentang lelaki yang disayanginya, sentiasa berlemah-lembut dan tahu menghormati orang lain.

.. Keinginan = penyayang, romantic, memahami, sanggup berkorban, tidak banyak karenah, tidak melawan, mendengar kata, sentiasa bersedia berkompromi, tidak mengongkong ... macam-macam lagilah! Kalau diikutkan senarai yang diberikan, lelaki inginkan wanita ’perfect’ . tapi mana ada kesempurnaan dalam diri insan?

¤ TINGKAH LAKU ¤

.. Keperluan = tidak terlalu bebas hingga terlibat dalam kegiatan seks rambang, dadah, arak atau jenayah. Tahu menghormati orang lain.

.. Keinginan = lemah lembut dan berbudi bahasa. Pandai bergaul dan sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan keadaan. Tentulah yang tidak terlibat dengan kegiatan seks rambang, dadah, arak atau jenayah. Malah tidak merokok kerana wanita merokok boleh menjelaskan kemampuannya untuk menjadi ibu dan kesihatan anak dalam kandungan.

¤ PERTUTURAN ¤

.. Keperluan = boleh bercakap ... boleh berkomunikasi. Ertinya kalau boleh, janganlah yang pekak atau bisu.

.. Keinginan = bersuara merdu dan manja, bercakap dengan cara lembut dan teratur. Tidak kasar, tidak menengking.

¤ MASAK ¤

.. Keperluan = secara tradisinya, tugas dan tanggungjawab memasak terletak di atas bahu perempuan. Lelaki tidak mahu lari daripada tradisi ini dan memerlukan isteri yang tahu memasak makanan keluarga.

.. Keinginan = kalau boleh, lelaki inginkan wanita yang pandai memasak pelbagai juadah sebagai pasangannya. Lelaki sebenarnya tidak suka terlalu kerap mekanan segera atau yang dibeli dari kedai atau restaurant. Lelaki suka ’home-cooked food’. Makan di luar – restaurant dan sebagainya menelan belanja. Lagipun, takkan sesedap masakan isteri (atau ibu).

¤ BERKEMAS ¤

.. Keperluan = lelaki tidak suka berkemas. Tetapi dia tidak selesa hidup dalam keadaan kotor dan berselerak. Jadi wanita yang diperlukan sebagai pasangannya tentulah yang bersih dan rajin berkemas.

.. Keinginan = kalau boleh, lelaki inginkan wanita yang menjadi pasangannya pandai berkemas dan pandai menghias tempat tinggal mereka, terutama ruang tamu dan bilik tidur. Ruang tamu yang kemas, teratur dan terhiascantik menimbulkan keselesaan dan membuatkan lelaki suka duduk di rumah. Bilik tidur yang kemas, bersih dan terhias indah pula menimbulkan suasana romantic. Memang itulah yang digemari lelaki.

¤ PENDIDIKAN ¤

.. Keperluan = pendidikan terbahagi kepada dua kategori. Didikan agama dan dunia. Dalam soal didikan agama, cukuplah kalau mengetahui haram halal dan dosa pahala supaya tidak melakukan perkara-perkara mungkar dan mampu mendidik anak-anak supaya berakhlak mulia. Perndidikan dunia juga memadai kalau mempunyai pendidikan yang cukup untuk menjalankan tanggujawab sebagai isteri dan mendidik anak-anak.

.. Keinginan = dalam soal pendidikan wanita yang dipilih menjadi pasangan, harapan lelaki sebenarnya tidak tinggi. Malah kebanyakan lelaki inginkan wanita yang menjadi pasangannya tidak berpendidikan lebih tinngi daripada dirinya sendiri. Lelaki tidak suka wanita yang bersifat angkuh kerana berpendidikan lebih tinggi daripada suami.

¤ PERGAULAN ¤

.. Keperluan = system masyarakat dan kekeluargaan kita memerlukan seorang isteri yang pandai bergaul dan mengambil hati keluarga.

.. Keinginan = semua lelaki inginkan isteri/kekasih yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Mereka berbangga kalau isteri/kekasih bijak mengendalikan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan. Namun, ada juga yang menyuarakan rasa cemburu dan bimbangkalau wanita yang menjadi pasangan mereka terlalu bebas. Pergaulan harus ada batasan. Lelaki juga tidak sukakan wanita yang menjadi pasangannya lebih terserlah (dalam soal pergaulan) berbanding dirinya sendiri.

¤ SEKS ¤

.. Keperluan = seorang wanita yang tahu dan sanggup melayan.

.. Keinginan = lelaki inginkan kuantiti dan kualiti. Lalu dalam soal seks, lelaki inginkan wanita yang tidak akan menolak apabila didekati, bijak melayan dan hebat dalam memberikan tindak balas. Lelaki juga inginkan wanita yang bersedia melakukan hubungan seks dalam pelbagai cara dan gaya. Ada lelaki yang berasa bangga apabila wanita yang menjadi pasangannya bersedia memulakan dulu aktiviti seksual mereka. Egonya membusung. Dia merasakan dirinya disayangi dan diingini.

¤ KERJAYA ¤

.. Keperluan = bergantung kepada keadaan ekonomi lelaki sendiri. Lelaki yang mampu tidak memerlukan isteri yang bekerjaya. Dia memerluakn isteri sebagai suri rumah tangga. Sementara lekai yang kurang mampu memerlukan isteri yang bekerjaya untuk membntu dan berkongsi pembiayaan keluarga.

.. Keinginan = keinginan lelaki berbeza-beza dalam soal ini, bergantung kepada tahap ekonominya. Namun kebanyakannya bersetuju tidak inginkan isteri yang bekerjaya lebih berpangkat tinggi daripada dirinya sendiri. Dan semuanya inginkan isteri yang boleh menumpukan sepenuh masa terhadap rumah tangga dan mendidik anak-anak (sebagai suri rumah) apabila keadaan ekonomi mengizinkannya..




Jumaat, 27 Mac 2009

huk..melamun seketika

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Bahawasanya kau ayang

Diwujudkan hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Kau sebelum ni bersemadi di kalangan bintang-bintang

Kau dijemput ke bumi hanya untuk diriku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Badan mu, mata mu, bibir mu, rambut mu dan pinggang mu,

Adalah milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Senyuman manis mu, sentuhan lembut mu,

Bauan harum badan mu adalah hanya

Milik ku..

Kadang-kadang hati kecil ku melamun..

Malam ini adalah malam pertama kita

Ku selak selendang mu dan kau

Malu lalu menyorok dalam pelukan dan

Belaian ku..

Ku sedar kau kepunyaan yang lain..

Ku sedar cinta ku tidak kesampaian..

Ku sedar ku tewas dik keadaan..

Ku sedar betapa peritnya ku menanggung

Kekecewaan dalam percintaan ini..

Ku sedar betapa pedihnya seksaan..

Mengenang kau disentuh dan dalam pelukkan yang lain

Tapi apakan daya cuma kadang-kadang hati

Kecil ku melamun..




Isnin, 23 Mac 2009

*~*...8 petanda dia jodoh kamu...*~*



Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.
Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut?
Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu.
Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.
Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan...
Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi
kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.
Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah!
Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

kureng idea ....

adehh....asal la aku kekurangan idea nak wat entry kat blog nih..kadang2 aku jelouse gak tgok blog korg..hari2 ada entry baru yg korg post,aku ni pandai terjah je ..nak wat entry sendiri punya la xde idea..huk..walaupun aku kurang idea,tapi suka masuk blog korg cos kisah2 korg kadang2 leh wat pengajaran n peringatan kat diri aku....
Huk3..aku kat darat 3 minggu lebih dah..bosan teramat sangat merindui kat laut..
walaupun kat sana terputus hubungan ,tapi perasaan kat sana tenang tampa gangguan n tekanan.


apa lagi erk aku nak merepek,hehehe..erzzzzzzz..

Jumaat, 13 Mac 2009

salam sejahtera kawan2

ehem2..
jumpa lagi hari2 last aku kat darat ni..dah nak pergi,baru la pc aku elok kembali...
sekian lama aku tinggalkan,mcm2 rosak..huk3..
sabtu petang (esok) aku kena pergi ke kerteh.
ahan pagi(6pg) aku dah kena chek in kat airport..huk3..
tapi ok la pengalaman pertama aku kat tgah2 laut..banyak pengalaman aku alami yg best2..
kadang2 ada org kata kat sana boring,bagi aku x de la boring sangat..bermula pukul 7pg start kerja sampai la pikul 7mlm..so lepas tu leh la tgok tv ...kadang2 melalak dgn kawan2 tgok raja lawak kat astro..
last2 hari nak balik setelah 3-4 minggu kat laut,mlm tu duk melalak karaoke kegembiraan nak balik keesokan hari..
nak pergi sana hari tu,aku takut la juga nak naik coper..maklum la,selalu je dengar coper jatuh laut..tapi apabila dah naik,best juga la..leh tgok pandangan dari atas...rupanye kawasan kerteh tu kehijauan masih kekal n pembangunanye dah semakin maju..
...korg nak tau,kat sana makananye mcm kat hotel,stik hari2 ada..buah-buahan mcm2 ada..
aku kat sana dah naik 5kg..makanan best,kerja ringan,hati banyak senang,,hehehe../
tapi yg x best nye aku lupa nak bawak camera..
aku harap yg selalu kunjung blog ni x jumu nak tggu aku post..maklum je la,time kat darat je leh post blog..thanks la pada kawan2 yg selalu jenguk blog aku ni erk..i love you all my friend..



ni pic aku hari kedua kat rumah

ni pic aku hari ke 5 kat kampg

ni pic hari ke 3 kat rumah(tembam skit2)

ok la..kalau sempat aku post sebelum aku g esok,kita jumpa lagi,kalau x sempat,tggu aku di lain hari lak k...salam sayang semua..bye2.

Isnin, 2 Februari 2009

jumpa lagi

ermm..aku baru tadi siap2 g ambil keputusan report..berapa lama buat baru leh dapat hari ni..mcm sengal jerk..huk3..ok la,aku dah nak gerak g bandar baru kerteh utk hantar report.,esok selasa kul 9pg chek in kat eport kerteh..doakan keselamatan aku k..apa2 hal jumpa lagi kemudian hari..aku sentiasa merindui korg..(ceh..ayat mcm x mau on blog)hehe..
k la all..salam.. :)
Blog Widget by LinkWithin