http://rapidshare.com/files/257432509/Part2.avi
for Faster download from Rapidshare
http://rapidshare.com/files/148884982/RapidShare.Plus.rar
aMeR-KaoLas
kaolas@gmail.com
http://amer-kaolas.blogspot.com
]
Ipoh : Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, 11 November lalu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh, N. Ganeson, 22, dari Rumah Murah, Jelapang; M. Tayalan, 32, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar dan K. Nanda Kumar, 22, dari Kampung Baru, Jelapang bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dituduh membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Lot 191515, Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi.
Semasa pertuduhan dibacakan oleh pegawai pendakwa, Sarimah Mohd. Saidin kelihatan ketiga-tiga tertuduh hanya menundukkan kepala namun tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada kesemua mereka.Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ganeson dan Tayalan masing-masing diwakili peguam T. Shan dan Ranjit Singh manakala Nanda Kumar tidak diwakili peguam.
Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 13 Januari depan sebagai hari sebutan semula kes.
Dalam kejadian itu, Mohd. Khairuddin atau lebih dikenali sebagai ‘ustaz’ oleh rakan setugasnya sedang bersiap meninggalkan stesen minyak tersebut selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.
Tindakan mangsa yang cuba menghalang perompak terbabit daripada mengambil wang di kaunter stesen minyak itu mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka bertindak menetak tengkuk dan tangan kanan mangsa.
Keempat-empat perompak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang disamun mereka. – Kosmo