]

Isnin, 22 Disember 2008

nasi minyak tempahan

**entry jumaat mlm sabtu

ermm..mlm sabtu lepas aku ada buat tempahan perkahwinan..so aku,fmly aku,kawan2 ..
aku kena memasak nasi minyak utk tempahan tersebut..start pukul 4 pagi samapi pukul 10pagi baru siap..bayangkan,utk lauk sahaja lembu 2 ekor..huhu..
tapi okey la kan,seronok belajar memasak ni..walaupun ia nampak mudah,tapi banyak benda kena ambik kira terutama kebersihan..okey la,sini apa pic aku ambil ketika memasak :D

nak masak nasi minyak

ni dah siap masak

selepas di gaul rempah

rempah gulai nasi minyak

ayam masak merah

p/s:kalau ada yg mau buat tempahan makanan or sewa peralatan kenduri,boleh la email kaolas@gmail.com..emailkan 3minggu sebelum tarikh nak buat jamuan..

pemenang teka teki minggu pertama & kedua serta soalan minggu ke3

salam blogger yg selalu mjenguk blog x seberapa ni..sorry coz dah genap seminggu aku x post apa2..aku kekurangan mood n busy skir mingg lepas..entah la,kepenatan melanda kat diri aku semenjak terlebih berjaga mlm n kerja xhenti2...Terutama yg Menjawab teka teki,sorry lambat bagi yg minggu ke tiga..
tahniah pada ummi kerana dah menang 2 minggu berturut2.
untuk minggu ke3,tugggu selepas ini..
jgn lepaskan peluang anda untuk menangi topup.



celcom rm 10
atau
maxis rm10


jom menang kuiz utk Topup Rm 10..xkira anda pakai maxis,digi,celcom..
ala...Rm 10 dah cukup bermakna drpd anda masuk blog semata2 coment..
pemenang hanya seorg sahaja setiap minggu..hari khamis jawapan keluar serta seorg nama pemenang ..hari sabtu ada soalan baru...10 soalan je..xbanyak pun.hihi..

teka teki minggu ke 3

1: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
2: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di
kepala?
3: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam,
sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu
di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga
padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti.
Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
4: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus
terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor
burung itu jatuh kebumi?
5: Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami
tak mendapat sama. Apakah itu? J
6: Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin
dipotong semakin menjadi tinggi?
7: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan
kepintarannya?
8: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
9: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang
tumbang, celaka benar kalau ditebang.
10: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Ahad, 14 Disember 2008

jom teka teki menangi topup

celcom rm 10
atau
maxis rm10


jom menang kuiz utk Topup Rm 10..xkira anda pakai maxis,digi,celcom..
ala...Rm 10 dah cukup bermakna drpd anda masuk blog semata2 coment..
pemenang hanya seorg sahaja setiap minggu..hari khamis jawapan keluar serta seorg nama pemenang ..hari sabtu ada soalan baru...10 soalan je..xbanyak pun.hihi..

teka teki minggu ke 2

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

ok..itu je soalan teka teki minggu pertama..tunggu jawapan dan nama pemenang hari khamis..jawab soalan melalui coment dan sertakan email anda..setiap seorg hanya perlu 1 coment tapi sertakan 10 jawapan kalau bijak pandai..hihi..semoga berjaya..

Khamis, 11 Disember 2008

Petua Cari Pasangan Cinta

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

Selasa, 9 Disember 2008

Banggakan Blogger Malaysian

ahak..smlm aku ada terbaca blogger indonesia..dlm erti kata diorg naikkan logo blogger indonesia serta semangat blogger diorg..ni ada petikan yg diambil

BUKTIKAN KEBANGGAAN ANDA DENGAN MENYIMPAN LOGO BLOGGER INDONESIA INI DI BLOG ANDA !!!
Kita adalah Bangsa yang Besar tapi sayang 'miskin' dan dianggap 'bodoh' makanya dipandang sebelah mata oleh negara-negara tetangga. Tidak gampang menemukan Logo yang tepat ditengah kultur sopan santun yang dijajah sangat kuat oleh eufemisme, kritik dibungkus dengan kata-kata sopan sehingga kehilangan rasionalitas dan esensi. Mas Koes dan Maryo mampu menyuguhkan sesuatu yang membuat rakyat 'berpikir' saatnya membangun 'DESA' demi kejayaan Indonesia.
DENGAN MOTTO KALAHKAN MALAYSIA!
(dalam arti positif tentunya ..)
LINK

so,apa pendapat korg?dgn semangat yg ada,jom kita pakat pakai logo "masyarakat bermaruah blogger malaysia"

apa mcm logo ni,ok ke?
hihi...masukan je kat blog anda..

Isnin, 8 Disember 2008

Haiwan kesayangan ku

assalamualainkum all..selamat hari raya aidiladha utk semua..sorry la lambat post utk korg..ahak23..erm..mlm2 raya nih boring la xtau nak wat apa..time boring2 ni la aku mencari teman utk bermanje.ahak23..bermanje dgn haiwan kesayangan jerk.nak manje2 dgn teman hidup xde jumpa lagi..



haiwan apau tu?hihi..hemster..hihi..ni la haiwan kesayangan amer time masa lapang manjer2 dgn dua ekor haiwan ni la..dulu ada musang..leh manjer2 dgn musang,tapi skrg dah meninggal..
ni la gambar kenangan bersama musang..

Ahad, 7 Disember 2008

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Blog Widget by LinkWithin